Inevitable Journey

Pengembaraan Yang Membawa Kita Ke Tempat Yang Baru
Dan Yang Akan Membawa Kita Pulang

Nov 30, 2009

As I Sit Still - Alone




















kenapa....
bagaimana...
sampai bila......
harus aku hidup bersendirian?

"detik waktu dan suratan
siapa tahu ketentuan
ku mencari cahayanya
dalam bayangan kegelapan

aku kembali
kerana masih

mencari yang hakiki

sinar pasti

janji suci yang abadi"
--Nur Kasih

Perlu ku teman berbicara... suka dan duka,
bukan hanya memandang... sebelah mata,
yang mana datang... ketika gembira,
dan lari ketika... aku derita.

Juga kekasih... yang datang ikhlas dari hati,
bukan hanya melihat... kesenangan dan rupa diri,
susahnya mengenali... hawa yang dikasihi.

Mengapa susah cari yang setia?
Tidak baikkah diri yang sedia ada?
atau aku telah kepudaran jiwa?
mengenal kepastian siapa mereka?

Mungkin juga aku memilih,
tidak nampak di hadapan yang sedang merintih,
dia seperti ku mencari, walaupun bersedih....

mungkin...
aku harus terus menunggu?
sehingga dia datang mengusik bahuku...
tikaku merenung dunia... bermusahabah, oh Tuhanku,
kabulkan lah rintihan hambamu.

Aku tahu tanpa usaha dan cuba,
takkan pasti aku mengecapi,
cuma kerisauanku melalui sejarah lama,
aku gagal berkali-kali..

dan akhirnya buntu...
terus tidak tahu...
siapa kamu...

lagi lagi dan lagi
bersendiri

Nov 25, 2009

Conflict

















we are bestfriend and we were bestfriend.

memang persahabatan itu indah,
antara nikmat yang kita syukuri semuanya dari Allah,
seperti selalunya kita mengungkapkan kalimah Syahadah,
dan dialah yang setia berdoa dengan menadah.

Perjalanan yang dilalui,
kaki melangkah bumi,
tangan memberi dan berbakti,
rasa dikongsi,
keikhlasan yang hakiki,
menjadi tembok kekuatan dalam diri,
untuk berbakti kepada yang disanjungi.

semuanya sempurna belaka,
bibir tidak berhenti berkata suka,
seindah pelangi bercorakkan permata,
menyinari persahabatan kami bersama.

bukanlah cinta yang diperlukan,
tetapi saling mengasihani tanda kekuatan,
ikatan ini lambang kesetiaan,
inilah dia yang pernah diharapkan.

betul,
ini mimpi yang perlu dipikul,
kerana beban mengharap tiada batasan akal,
kerana percaya akan bayangan tetapi lupa yang ditinggal,
jika tidak mengapa semua ini seolah telah dibekal?

aku lupa perintah-Nya,
akan ketentuan-Nya,
kehebatan nama-Nya,
pengabdian diri kepada maha Esa,
takut melebihkan rasa hati daripada-Nya,
alangkah khilafnya si berdosa.

tetapi janggal pernah dirasakan dahulu,
sedangkan dia memuji kehebatanku,
puas aku menyangkal tidakkan manusia itu kaku,
tanpa pertolongan yang diberi oleh kamu?

Mungkin itu balasan orang yang kurang,
lemah dan lupa akan masa sekarang,
sehingga nanti barulah keimanan diserang,
oleh asakkan dan dugaan yang perit dikekang.

mungkin mimpi tidak menunjukkan rezeki hari,
mungkin juga hari sepi degan dugaan mimpi,
kisahnya sama hanyalah harapan yang perlu diselami,
oleh insan ini untuk kekal abadi bersama kekuatan diri.

Semoga apa-apa yang terjadi mematangkan kita,
walaupun memang realiti dunia kita berbeza,
jauh langit, bumi dan angkasa,
tapi percaya, percaya, dan percaya seadanya,
hikmah ada disebalik rupa.
tidak akan Dia menguji kita...
lebih daripada apa yang kita mampu terima,

sesungguhnya terbaik untuk kita walaupun berpisah jua.

kerana...
tidakkah kita sedar semuanya?
segalanya bergantung bersandarkan pada Dia,

dan Dia menciptakan kita,
sama


yang membezakan hanya amalan dan taqwa...


ikhlas untuk mereka.
--syafiq aziz

Nov 24, 2009

Guy In Actions

today, tak tahu apa semangat masuk dalam badan ni.
sudden mandi awal. ouh!
tak pernah macam tu. paling-paling pn pukul 12.
=p

then pergi senawang.
we had our breakfast+lunch at mcdonald.
saya chose prosperity!














to aman ; hee. jgn marah, dah makan dulu.
I hope then will be a combination.
prosperity + happiness
burger (beef burger) + chocolate (cadbury)
nyam nyam!!!
HAHA =)

after tu pulak pergi ke giant beli barang sikit.
I wish to buy these
  • toothbrush
  • colour pens
  • men shower gel
at last, beli ni jep.












haha. wtfish!?
I really don't know why I bought this.
actually, my friend, bob, nak sangat benda ni.
dia kata best la bagai, tapi dia pn tak pernah cuba.
saya pun mana lah tak tertarik tengok iklan tu.
plus, ada contest. kitorang ni gila contest. nak join punya.
saya siap ambil lagi poster yang tak leh ambil tu,
just because tolong bob sebab dia minat akim. haha.
tolonggg aahhhh... (kaaww dan akuuu....!)
HAHA.

so saya beli pati ayam tu.
pati beri nanti kot.

tadi cuba-cuba la rasa, takut nak bukak. first time.
mesti lah rasa best gila! macam wahh mengalir terus kat tekak ni.
manis ke, rasa macam ubat batuk ke. huhu.
then try!
hahhhhhhhhhhhhhh!!!
whatthefish!
fuuhhhh! tak sedap lansung!
rasa apa tah. ayam gak la tapi tak sedap.
sumpah aku tak paham macam mana la "dafi" uh boleh minum
sampai macam tu sekali.
nevermind, for the sake of healthiness,
saya rela sahaja.

haa. nak story pasal nur kasih.
saya agak addcited pada cerita tu.
maybe main reason is "cantik"
cantik pada scenes and video shot.
kagum la! credit to cameraman and kabir bhatia selaku pengarah.
jalan cerita yang amat menarik, tentang Islam dan tak pasal
rebut harta, kekayaan bla3.
banyak la benda boleh belajar daripada cerita tu.
tapi tu la, sangat suka scenes dan views cerita tu.
aspire lagi aku nak jadi photographer an =)




























haa ni pulak.
agak puas hati sebab saya dah habis baca novel untuk form 5.
Konserto Terkahir!
antara orang terawal dapat buku teks, terus baca.
ingat kan tak best tapi dah baca terus terlekat.
plus, benda tu pasal musik. lagi suka.
last page tu, saya menangis maa!
sedih gila kot.
HAHA. no komen.




disaran kepada
my batch,
cepat-cepat la baca.
sure ternganga ayat
moden klasik novel ni.





credit to someone - tak salah baca twilight and comics =p

and tak lupa juga nak announce about my results.
haha. level of tak puas hati ni.
dah la bm tak dapat A. geram jep. spoil bahagian struktur.
others, hihi. tak payah la tahu. setakat protes ada la.
macam mana protes?
macam ni.....












hoho. melampau kot.
but saya tak la nak bakar. simpan semua kot.
just join jep my members, huhu.
diorang dapat kertas cikgu bagi suruh agihkan kat budak2.
tapi some of them tak datang.
apa lagi! haha. jahat.
so kena struggle cuti ni. revenge!
takut ouh. form 5 sudah....!

haaa ada lagi.
kenal tak budak ni?














nama dia Haikari Johari Azmi.
budak ni ada berlakon dalam cerita apa tah
dengan Que Haidar and .....
haaa. sangat suka dia berlakon. comey giler3 kot.
plus, ayat dia, sentap dengar, cool jep.
good work!
lepas ni cerita dia senandung .... sempena aidiladha kt tv3.

lastly,
I'm still waiting for my vacations.




















maybe on this Sunday and Monday and next month.
to ayong - jadi tak fly? hihi. please!
perancangan? Mm.
  • berjalan-jalan di Port Dickson
  • tengok wayang - twilight, pisau cukur, a christmas carol
  • homestay pakej - di Negeri Sembilan, with members
  • Kuala Lumpur - with members
  • fly - eko pelancongan? sea? camping?
  • teman atuk wan - tidur kampung yea!
ini antaranya la, ada lagi kot.
but, I won't forget to my study that I've been planned few weeks ago.
but, when I started it yesterday, my head refused to accept any.
hah. saja la tu nak mengada. time ni pun supposed study. saja memblog.
huha huha je aku ni.
=)

p/s ; lidahku terasa lagi kekelatan pati ayam brands tu! fuh.

Nov 17, 2009

Morning

waaa.
I want it.
Digital Single Lens Reflect (DSLR)
Nikon or Canon.

=)
boley laaa.




















sumpah aku kempunan, mengidam benda ni!











view from sdar's hill











the sun is rising











credit to bob











a lost watch. sorry!!! =(











she's pretty. Is she?














heee. mood pagi. mata tu!
poyo shj =)














wonderpets! SC melaka














choose one, menaik dan cerah (even menurun)
or, menurun dan gelap or telor hujung tanduk?
ngeee.

p/s ; tak da motif

Nov 15, 2009

2012

wawww!
haha. hari yang ceria!!! (suara kanak-kanak ribena)
=)

hari ni kan aku dapat lepaskan kempunan tengok wayang =p
dah lama sangat-sangat kot aku tak dapat tengok.
targetnya ialah 2012!!!
selain pisau cukur yang tak berapa sesuai tengok dengan kakak..., ?? or adik?
huhu bley camtu?

haa memang pergi dengan diorang pn. thanks yep.
so seperti biasanya lah kan,
kalau nak pergi je mesti la ada halangan something.
kena bebel dulu ni. nevermind.
but yang bestnya dapat pergi dengan Ku!
haha. my senior SDAR tu.
dah lama nak keluar dengan members SDAR tapi tak dapat,
bawak lari sorang pn ok kot.














show petang tu 2.45pm,
tapi macam-macam lah.
nak pergi tengok kt MBO la GSC la.
janji dapat tengok yep.

time tengok tu terpegun gila lah.
but agak cuak gak la.
89% nampak real and boleh masuk akal
but I thought, some scenes tak hardcore sangat,
but still ada yang nak gigit kuku jari manis and kelingking ni!
HAHA.

then, nak komen nih,
cerita ni agak unfair dari segi "G8" nya yang berpandukan
negara-negara G8 tu lah.
tapi apa-apa pun, yang bagusnya last cerita ni
ada unsur-unsur zaman Nabi Nuh bila mereka cipta
bahtera gergasi versi besi punyaaaaa!!
ada la dalam 6 buah tak silap, siap sumbat haiwan lagi
macam zirafah, gajah, gorilla. haha.
lawak sangat time binatang tu kena angkut helikopter.

then, baru la saya tahu masa tengok time tu.
kan di benua Afrika ada nama tempat "Tanjung Harapan" or nama
Inggerisnya "Cape of Good Hope"
ala, dalam buku teks sejarah form 1 sampai form 3 ada tunjuk sebagai
titik geografi untuk pelayar Portugis zaman dulu untuk belayar ke timur =)
sebenarnya menurut cerita tu la,
masa benua-benua, segala daratan dah lenyap akibat nyahstabil or destablised bumi dan tsunami,
mana ada benua asia yang terbesar tu, australia ke, gunung everest ke apa-apa.
but apa yang tinggal hanyalah lautan yang terbentang luas.
cuma kesan daripada nyahstabil tu benua afrika je yang timbul (sort of)
plus, makin timbul dan membentuk banjaran tertinggi or something iaitu di
Tanjung Harapan tu lah.
mengagumkan lah. akhirnya terjawab jugak kot* soalan yang saya tanya
kat cikgu Hafiz tahun lepas, "cikgu, kenapa nama dia tanjung harapan?"
dia pn tak tahu. heeee.











then yang saya kagum ialah semangat manusia untuk terus hidup
walaupun tak semua dapat hidup.
tak la percaya sangat benda tu tapi, "we were warned" kan.

then time nak balik tu hantar la Ku ke SDAR,
dalam kereta gosip maa!
haha. lawak gila and geli gak kot cerita pasal sekolah lama saya tu.
macam-macam la.















p/s; upin ipin hangat di Indonesia!

Nov 14, 2009

Deja Vu

apakah waktu melahirkan
wajahnya sendiri,
bercermin pada silam,
maka demikian kita
belajar dari ulangan?

tapi apakah akan kubentuk
dari waktu antara ini?
yang dikosongkon janji tercicir,
tersengkang di antara
kata dan perbuatan.

apakah makna kata?
sekali sarat melimpah,
sekali cetek
dan kelihatan tumit palsunya.

apakah yang kucari di sini?
sedikit erti baru, mungkin,
kepada hari-hari lusuh,
atau gerak hidup
di antara baringan bosan?

--Muhammad Haji Salleh
sasterawan negara
8 ogos 1996 kuala lumpur

p/s ; korang percaya pada deja vu? perkara yang berlaku dalam mimpi or something, dan terjadi dalam nyata dan realiti?

Nov 13, 2009

The Relfection Memories - Part 3

rasanya dah lama sangat tak cerita pasal post ni.
untuk keluaran ketiga ni.
saya akan ceritakan untuk korang tentang

FESTIVAL FINALE WIND ORCHESTRA 2009

tahun 2009 ini adalah tahun kebangkitan untuk sdar symphonic crew
untuk revenge atas kekalahan atau pun tak da placing untuk tahun lepas
disebabkan tak dapat pergi final.

tahun ni saya yang baru join band terus belajar banyak benda pasal band,
sebab ni lah satu-satunya piala yang berprestij peringkat kebangsaan
yang juga satu-satunya pertandingan untuk wind orchestra
bagi sekolah berasrama penuh.

pertandingan ni berlansung di
Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 20 Jun 09.
Sekolah-sekolah yang terpilih untuk ke final antaranya ialah;

  • Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS)
  • Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)
  • Kolej Tunku Kurshiah (TKC)
  • Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
  • Sekolah Sultan Abdul Halim (SEMSAH)
  • SMK Ave Maria (Ave Maria)
  • Sekolah Seri Puteri (SSP)
  • Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
Sebelum berangkat ke Sekolah Alam Shah pada hari Khamis 19.06.09
banders telah buat last show di dewan Tun Abdul Razak
sebagai tatapan terakhir untuk pelajar SDAR.






























petang tu pulak semua bersiap untuk bertolak.
barang pakaian, semua lengkap lagi-lagi our instruments.




















































sampai di SSAS malam tu
a trip with hopes from each of us.
sangat-sangat mengujakan!
tapi, sebelum gerak bas sebenarnya rosak.
nasib baik la Pak Cik Atan the driver setia tu pandai repair.
saya sempat cakap, "haa ni lah dugaan sebelum menang!!!"
then dorang Amin ramai-ramai.

Morning di SSAS.
what a nice school!
sekolah lelaki tercantik or terhensem kot. HAHA.
semua, waww and,
we had our breakfast with thousands of smiles!




















then, semua banders gathered.
dan bergerak ke Pavilion SSAS.
tujuan ke pavilion untuk sesi bermaafan
sesama ahli band.







































ni my batch! sayang korang gler kot. sumpah tak tipu.































































































































haha. inilah dia saatnya.
it supposed to be sad in the mood of forgiveness.
and yet, it was.
saya tak la nangis sebab tak berapa faham "kisah" mereka ni.
tapi mostnya cover kot. huhu.

then, petang tu pulak kami bersiap-siap pakai baju cheer.
pergi ke PICC untuk rehearsel.














































































time rehearse tu ada buat undian untuk pilih sekolah mana buat persembahan
dulu. syukur, SDAR dapat tempat ke-8 iaitu yang terakhir.
walaupun terakhir tapi kami percaya yang
kamilah yang akan ubah ranking untuk pertandingan esok!

Pagi sabtu 20th June!
hari yang dinantikan telah tiba.
semua stok muka cuak sangat.
malam tu pulak aku asyik tengok budak2 muka frust,
depress, menangis dan macam-macamlah.
lagi-lagi untuk para seniors tu.

lepas breakfast pagi tu, kitorang diminta gather semula untuk buat
the last show, untuk bagi semangat balik,
rasanya bergema satu SSAS tu.





















masa sampai je di PICC,
kitorang terus tukar baju and bersiap-siap.
keadaan masa tu sangatlah mess.
kitorang diberi bilik khas tapi kena kongsi dengan SSAS,
masing-masing tak nak kalah tu
baik dari segi dress up sampai la muka tebal masing-masing.
HAHA =)




















































THE SHOW

As the last team to perform,
SDAR SC menjadi favourite bagi penonton,
dengan lagu yang sangat extraordinary BULGARIAN DANCE,
sebabnya sekolah ni telah menunjukkan kehebatannya kebelakangan ni,
walaupun tahun lepas kami kalah,
tapi tetap menjadi favourite selain Sekolah Sultan Alam Shah dan
Sekolah Seri Puteri yang menjadi johan pada tahun lepas.
buktinya, masa persembahan tu walaupun medley kami lagu yang
agak serius pada awalnya, tapi masa 'chorus' kami penuh bertenaga
dan menarik sekali dan pada penghabisannya, kami diberi tepukkan
gemuruh dan sebilangan penonton bangun. sangat mengujakan kot!

video























































then, masa yang paling ditunggu ialah time nak dapat results tu!
Ya Allah.
masa tu tak dapat nak cakap apa-apa,
semua tengah takut yang amat.
kitorang bepeluk kuat-kuat.
dia umumkan saguhati dulu,
lepas tu tempat ke-3
dan ke-2.

masa nak announce tempat ke-2 tu,
semua SC nangis, pelok, tak nak dengar, macam-macam lagi.
juruacara tu cakap, sekolah yang menang dari Seremban,
kami dah sorak awal-awal.
but, apa boleh buat.
Kolej Tunku Kurshiah tu pun dari Seremban jugak.
memang SDAR sebagai naib johan.
Masa tu kan, tak henti-henti nangis. semua!
kisah apa kitorang lelaki ke,
sebab mostnya pelik weirdo kenapa budak "SDAR"
nangis sampai macam tu sekali.
hehe!
aku yang tak tahu apa-apa ni pun gila-gila gak kot. fuh!
tapi kami lagi teruk nangis bila pelajar TKC semua bangun sorak gila-gila,
siap nyanyi lagu sekolah dorang. tu tak boleh tahan dengar.

Haa ni results nya ;

Johan - Kolej Tunku Kurshiah
Naib Johan - Sekolah Dato' Abdul Razak
Ketiga - Sekolah Sultan Abdul Halim

Malam tu jugak ada award untuk conductor terbaik,
biasanya kalau conductor terbaik tu menang, sekolah tu gak menang.
Our conductor, Mohd Syahmi Izzat tak dapat award tu.
Tak tahu la kenapa, tapi dia perform 3 times lagi hebat than conductor TKC tu (yang macam itik??!!)
HAHA.



































then kami semua masuk bilik khas tu semula,
dengan air mata jatuh lagi tu. ceh.
semua pandang, kisah apa! haha.
masuk je bilik tu,
mula dah balik "jantan menangis!!!"
lagi pulak sekolah Alam Shah tu pun nangis gak
sebab dorang tak menang walaupun diorang did the best.
abis satu bilik tu huru-hara suara menangis.
tapi teacher kami bagi semangat,
dia cakap, guys! tak payah nangis.
kita tak kalah bla3...


























lepas tu semua dah ok kitorang keluar pergi stage semula ambil gambar.
























































ini, alumni SDAR, ex-band.

Balik tu pulak kitorang singgah di Alamanda,
release segala tension di kepala.
apa yang kitorang buat,
beli makanan banyak-banyak then makan!
tu la caranya. walaupun mood tengah sedih lagi ni.

So inilah dia pengalaman yang paling berharga di SDAR dan hidup.
sangat-sangat unik dan first time rasa feel antara banders semua.
tak tahu nak cakap, speechless.
kena rasa sendiri lah =)
now, I've been missing them.
sangat rindu mereka semua.
a day kalau rindu yang amat,
saya akan spend about 8 times to watch the videos of finale tu.
sambil air mata mengalir, so fraggile!
=)

p/s; inilah nikmat di SDAR bersama SC! one band one sound 1 band 1 sound!!!!