Inevitable Journey

Pengembaraan Yang Membawa Kita Ke Tempat Yang Baru
Dan Yang Akan Membawa Kita Pulang

Sep 17, 2009

Last Day and Khatam Quran

(formal mode)
Salam.
Pada hari ini, khamis bersamaan 27 Ramadhan
telah diadakn..
Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil Arwah
bertempat di dataran setia dan ruang legar SMKTTJ.

Majlis ini sepatutnya diadakan pada hari Jumaat,
tetapi telah dipercepatkan kerana sekolah mengambil cuti pada hari Jumaat
sempena Hari Raya Aidilfitri.

Pada jam 7.30 pagi, para pelajar SMKTTJ telah berkumpul di dataran
dan pembaca majlis khatam Quran telah bersiap sedia untuk naik ke pentas.
Seramai 18 orang pembaca (plus me) yang diketuai oleh Ustaz Hamid berada di atas pentas.




Selepas habis membaca surah-surah lazim,
hujan menitis turun, harapnya keberkatan.
Semua pelajar diarah berpindah ke ruang legar pula untuk sesi tahlil arwah
yang diketuai oleh Ustaz Nizam.

Selepas selesai tahlil arwah,
majlis sumbangan hari raya kepada pelajar terpilih dan juga pembaca Khatam Quran.
Kami pembaca telah mendapat "duit raya" dan bunga telur.
Syukur Alhamdulillah.
Dan pelajar lain mendapat sumbangan daripada pihak guru dan sebagainya.

Seterusnya, sesi bermaaf-maafan sesama guru-guru dan para pelajar diadakan.
Mereka bermaafan sambil mengucapkan selamat hari raya sesama sendiri.
Majlis bersurai dengan penuh kegembiraan.

___________________________________________________________

Kelas aku hari ini macam biasa jep.
Tapi ok la, separuh yang datang, not that bad.
Yang aku pulak sibuk bagi kad raya kat members and cikgu PSS tercinta, Pn Hjh Norizan.


Tepat jam dua semua pelajar dibenarkan pulang ke rumah lebih awal
dan hari terakhir cuti sempena perayaan ini telah disambut oleh
segelintir golongan pelajar teramat baik kerana membakar petas (mercun).
Yeah, kalau mercun pop-pop ok la jugak, ini mercun PAPAN ye!
haha. mana tak bergema sekolah!
cikgu-cikgu semua tak dapat la buat apa-apa.
Pengetua ku terbaik mesti mengamuk tu.
=0

Semoga hari yang baik dimanfaatkan untuk yang baik.
Pelajar TTJ ku sekalian semuanya baik, tetapi tak fikir profesional sahaja.
They're not that tough to think and decide whether it is right and vice versa.

p/s ; gambar akan di attach kemudian

2 comments:

GuGuGu said...

rugi gler ak x dtg..
huhu.. nk tgk meezah.. tp dye pown x dtg.. bgos btoi.. kekeke.. tp nk wat cne ad hal la ri2.. 2 tg x dtg uh.!

caPiek said...

hak
meezah aku tgk leh tahan jaat!
tongkar bak kata atok den. huhu.